Keris Taming Sari
Keris Taming Sari

Misteri Keris Taming Sari

…ASAL USUL KERIS TAMING SARI…

Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.

Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu? Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka dari warisan nasab Ali Zainal Abidin Al-Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang pertama ditugaskan menyibarkan Islam diNusantara. Maka akhirnya mereka berhimpun sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing, lalu keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata Nusantara, termasuk negeri China.

Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Hussin) diamanahkan pemegang keris tersebut. Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyibarkan Islam, kerana majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut telah sampai kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta kekuatan tentera Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua serta pengikutnya.

Sedang Syed”…”Al-Hussin mengimamkan satu solat dengan pengikutnya, lalu mereka diserang dengan menggunakan senjata tombak Hindu serampang tiga (trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya” sahaja. Maka rebah mati semua mereka itu tersungkur kebumi….

Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu adalah rangkaian sebab musababnya sahaja. Kerana asalnya keris tersebut bertapak diBumi Mim, maka kembalinya semula balik keBumi Mim. Al-Asal jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.

Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata keris hak mereka, itu adalah dakwaan yang sangat jauh meleset. Setelah keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris tersebut dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan Alam Kewalian, keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh mana-mana pihak. Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak yang tidak bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebeh banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

Wallahu’alam….


Selepas hampir 500 tahun kejatuhan Empayar Melaka,manuskrip pertama yang menyenaraikan lakaran pelbagai jenis keris termasuk keris legenda ‘Taming Sari’ berjaya ditemui.

Manuskrip dipercayai berusia 250 tahun itu ditemui seorang pengkaji sejarah, Wan Ahmad Arshad, 41, di Terengganu kira-kira tiga bulan lalu. Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk membuat kajian dan menterjemah kandungan manuskrip setebal 33 muka surat itu.

Ada 27 lakaran pamor atau bahagian tepi bilah keris disenaraikan dalam manuskrip itu termasuk Taming Sari dan keris milik Hang Jebat.

Berdasarkan penelitian dan perbandingan, saya dapati lakaran Taming Sari itu menyamai keris dalam simpanan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, penemuan itu sekali gus menolak dakwaan bahawa Hang Tuah tidak wujud kerana senjata yang mempunyai kaitan dengan pahlawan itu disenaraikan dalam manuskrip yang berkisar keagamaan.

Manuskrip ini berkisar mengenai pengajaran dan amalan tarekat Syadzilliah yang diasaskan As Sheikh Abu Hassan Al-Shazilli di Mesir pada kurun ke-13.

Ia juga banyak memfokuskan kepada ilmu hikmat dan amalan perang termasuk zikir Hizbulbahar,” katanya. Pengusaha Galeri Pusaka Moyang itu berkata, pada bahagian bawah lakaran keris itu tertera ayat ‘keris Hang Tuah, sebuah negeri atau sebelah negeri harganya, cerita Taming Sari’ manakala satu lagi lakaran tertera ayat ‘Hang Jebat, sebelah negeri harganya, cerita pengkarang harganya’.

Berdasarkan kajian, pamor keris diperbuat daripada nikel untuk meresap racun supaya senjata itu lebih berbisa,” katanya. Wan Ahmad berkata, sebelum ini, wujud pelbagai versi mengenai Taming Sari dan ada juga yang menganggap ia sekadar legenda. “Dengan penemuan ini, ia membuktikan secara bertulis bahawa Hang Tuah dan saudaranya memang wujud,” katanya.

Wan Ahmad sebelum ini pernah mendakwa memiliki senaskhah al-Quran milik pahlawan Melayu itu yang berusia lebih 600 tahun yang ditemui dirumah moyangnya di Perak.


Menurutnya, al-Quran itu diperoleh Hang Tuah ketika ke Rom yang diperintah Empayar Uthmaniah bagi mempelajari ilmu bedil (meriam) dan kini disahkan berusia 697 tahun seperti tercatat dalam sijil kesahihannya.

Katanya, pemergian Hang Tuah ke Rom itu atas perintah Sultan Mansor Syah dan semua itu tercatat dalam Sejarah Melayu.

Sumber : Utusan Malayisa dan temubual dengan Pengkaji Wan Ahmad (Galeri Pusaka Moyang) tahun 
2007